http://beliajengka3.blogspot.com

SELAMAT DATANG

TONTON, BACA, FAHAM DAN BERIKAN ULASAN MEMBINA BAGI MENCERIAKAN BLOG INI



19 Mei 2010

HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2010

PERSATUAN BELIA JENGKA 3 TURUT MENGHANTAR WAKIL KE KEJOHANAN RENTAP FUTSAL KOSMO, PUTRAJAYA
DENGAN NAMA
SRI DAHLIA FC


TURUT MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA BANNER SOKONGAN
HARI 1 BELIA 1 MALAYSIA


GAMBAR AN DAN AIMAN PADA MALAM KEJOHANAN TERSEBUT 

BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI HOL NEGERI PAHANG

DIKETUAI OLEH IMAM BESAR
MASJID SRI DAHLIA JENGKA 3


TURUT MEMBERI SOKONGAN ADALAH SEMUA KEPIMPINAN DALAMAN SRI DAHLIA TERUTAMA
JKKK, GPW, BELIA



ANJURAN  ADUN KUALA SENTUL

03 Mei 2010

Lirik Diari YB - N D Lala

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi
Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan
Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk
Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"
Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah
Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek
Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi
Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB.."


Lirik Diari YB - N D Lala @ Lirikami

01 Mei 2010

PROGRAM SINGGAH SINAR HARIAN KE JENGKA 3

PAHANG

SINGGAH SINAR HARIAN PAHANG KE JENGKA 3
PADA
1 MEI 2010
DI
DEWAN JKKK FELDA JENGKA 3


RAMAI PENDUDUK TURUT MEMBERI SOKONGAN DARI JAM 8.00 PAGI


ROMBONGAN SINAR HARIAN TIBA DENGAN 12 BUAH KENDERAAN KHAS SINAR (KANCIL)



GAMBAR AHLI JAWATAN KUASA BELIA YANG TURUT MEMBERI SOKONGAN


GAMBAR BERAMAI-RAMAI SEBELUM CREW SINAR BERGERAK KE TEMPAT LAIN


TURUT HADIR
Y.B DATO SHAHANIZA BINTI HAJI SHAMSUDDIN
ADUN KUALA SENTUL
DAN WAKIL EDITOR SINAR HARIAN PAHANG


TURUT HADIR
TOK PENGHULU MUKIM CHENOR
(JENGKA/KUALA SENTUL)
ZAHAR BIN WAHID
SETIAUSAHA JKKK FELDA JENGKA 3
ABDUL MALEK BIN AHMAD
KETUA RELA JENGKA 3
IBRAHIM


TURUT HADIR AHLI BELIA BERSAMA AJK BELIA


AHLI JAWATAN KUASA RUKUN TERTANGGA JENGKA 3 TURUT BERSAMA MENGAWAL KEADAAN


TERIMA KASIH SINAR HARIAN TERUTAMA SINAR HARIAN MARAN KERANA MEMILIH JENGKA 3 SEBAGAI TEMPAT PERSINGGAHAN CREW SINAR HARIAN.
PAPER FREE TAK ADE KE????????  

23 April 2010

PROGRAM JELAJAH KE SURAU-SURAU DAN MASJID SELURUH JENGKA 3

PROGRAM ANJURAN BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA SRI DAHLIA JENGKA 3
  1. MASJID : 11 MAC 2010
  2. SURAU PERINGKAT 1 (A) : 18 MAC 2010
  3. SURAU PERINGKAT 1 (B) : 25 MAC 2010
  4. SURAU BUKIT ANGIN : 1 APRIL 2010
  5. SURAU PERINGKAT 2B: 8 APRIL 2010
  6. SURAU PERINGKAT 2A: 15 APRIL 2010
  7. SURAU PERUMAHAN KILANG: 22 APRIL 2010
PROGRAM JELAJAH INI DILAKUKAN UNTUK BACAAN YASIN SETIAP MALAM JUMAAT.
PROGRAM TERSEBUT TELAH MENDAPAT KERJASAMA OLEH SEMUA PIHAK.

20 April 2010

RUMAH RAKYAT ATAU PEJABAT ADUN KUALA SENTUL

BELIA PEMANGKIN KEJAYAAN FELDA

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1429 HIJRAH

ANJURAN
BADAN MASJID JAMEK JENGKA 3
DAN
PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA JENGKA 3
DENGAN KERJASAMA
JKKK/GPW/RELA DAN RAMAI LAGI
GAMBAR AHLI JAWATAN KUASA BELIA SELEPAS SELESAI MENJALANKAN TUGASAN MENGANJURKAN PROGRAM PERSONALITI BELIA PERINGKAT DAERAH MARAN PADA TAHUN 2009 YANG LALU

KELAB DIKIR BARAT JENGKA 3

TELAH DITUBUHKAN PADA 1 MAC 2010
KELAB INI TELAH DIBERI NAMA KELAB SRI DAHLIA
KELAB INI SANGAT AKTIF DAN TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PELBAGAI AKTIVITI SEPERTI KENDURI KENDARA, MAJLIS RASMI DAN SEBAGAINYA.

17 April 2010

PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA JENGKA 3

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA JUARA
GAMBAR SEBELUM PERLAWANAN AKHIR FUTSAL

PROGRAM KE GAMBANG ANJURAN YB ADUN KUALA SENTUL

PROGRAM KE GAMBANG WATER PARK ANJURAN YB ADUN KUALA SENTUL
SEMPENA MERAIKAN KEJAYAAN BELIA JENGKA 3 PADA ANUGERAH MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA 2009
JOHAN KHIDMAT MASYARAKAT DAN KESUKARELAAN
GAMBAR AHLI JAWATANKUASA BERSAMA YB ADUN
(BAIK PUNYA)
GAMBAR SEMASA MEMBELI PELAMPUNG.
BEST SANGAT
TERIMA KASIH
Y.B DATO SHAHANIZA BINTI HAJI SHAMSUDDIN
ADUN KULA SENTUL

15 April 2010

SEMPENA MEMENANGI ANUGERAH BELIA FELDA 2009 KHIDMAT MASYARAKAT DAN KESUKARELAAN

02 Januari 2010 : Bertempat di Dewan JKKK Jengka 3, telah di adakan Majlis Kesyukuran anjuran Persatuan Belia Jengka 3. Antara lain majlis ini sebagai menghargai semua ahli persatuan belia yang bertungkus-lumus sepanjang tahun 2009 dalam usaha memajukan persatuan ini.
Turut hadir dalam majlis penuh bermakna ini adalah Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin, Adun Kuala Sentul.
Berita lanjut kejayaan persatuan belia ini, klik di sini.

GELANGGANG SERBAGUNA FELDA JENGKA 3

KINI GELANGGANG TERSEBUT TELAH DIBUKA DENGAN RASMINYA.
GELANGGANG INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERMAIN FUTSAL, TAKRAW DAN BOLA JARING.
GELANGGANG INI DIBUKA DENGAN KADAR SEWA (SATU JAM)
SIANG: RM 20.00 (DUA PULUH RINGGIT SAHAJA)
MALAM: RM 30.00 ( TIGA PULUH RINGGIT SAHAJA)
JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI
ABDUL MAJID (SETIAUSAHA) : 012-9867639
SALIMAH (NAIB PENGERUSI 2) : 012-9510471

Futsal tertutup Jengka 3 hebat

JENGKA 3 – Pasukan Brazil menundukkan England 2-0 di padang sendiri bagi menjuarai Liga Futsal Tertutup Jengka 3 Piala Pusingan Datuk Shahaniza anjuran Persatuan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Jengka 3.

Ketua pasukan Futsal Jengka 3, Zukiman Zakaria berkata, perlawanan selama dua hari itu menyaksikan lapan pasukan lelaki dan empat pasukan futsal wanita berentap bagi merebut piala pusingan.

Menurutnya, malah perlawanan kali ini turut menyaksikan aksi hebat beberapa pemain pelapis pasukan England yang menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun masih di peringkat percubaan.

“Kedua-dua pasukan mempamerkan corak perlawanan yang hebat apabila perlawanan akhir ini turut menggabungkan kemahiran pemain pelapis dan pemain senior bagi memastikan setiap pasukan mampu mempamerkan aksi terbaik.

“Sejak pembukaan gelanggang futsal Kelab Sukan Komuniti (KSK) di Jengka 3 ini sambutan terhadap sukan futsal amat menggalakkan walaupun sebelum ini hanya bergantung kepada padang awam semata-mata sebagai tempat latihan,” katanya.

Zukiman berkata, namun kini fungsi gelanggang ini digunakan sebaik mungkin dalam usaha membangunkan generasi baru Felda terutamanya untuk aktif dalam bidang sukan itu.

“Malah sejajar dengan usaha itu kita juga kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan belia dari kawasan sekitar seperti Jengka 2, 4, 5, 6, 7 dan sekitarnya,” katanya.

Turut hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Maran, Saniah Zainal; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mat Sulaiman Haron serta penduduk kampung bagi menyokong majlis itu.

Sumber : Sinar Harian Online Edisi Pahang

RM160j biayai skim kemahiran anak-anak Felda




Monday, 11 February 2008
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
BANDAR JENGKA 10 Feb. - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengalu-alukan komitmen Felda yang sanggup membelanjakan sebanyak RM160 juta untuk skim latihan kemahiran kepada kira-kira 27,000 anak peneroka di seluruh negara.
Timbalan Presiden MBFM, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, sejak tiga tahun skim ini dilancarkan, sebanyak RM110 juta telah dibelanjakan untuk memberi faedah kepada hampir 20,000 anak-anak Felda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2008 yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perasmian Anugerah Belia Felda (ABFM) di Putrajaya Disember lepas menambah nilai skim latihan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdullah yang juga Presiden Majlis Belia Felda Pahang berkata, tambahan peruntukan itu akan membolehkan kira-kira 7,000 lagi anak peneroka di seluruh negara mendapat latihan dalam pelbagai bidang.
Beliau menambah, jumlah anak-anak peneroka lepasan SPM yang telah mengikuti pelbagai latihan kemahiran pada tahun 2005 ialah seramai 5,295 orang, 2006 (7,335 orang) dan 7,012 pada tahun lalu.
''Sebanyak 53 pusat latihan di seluruh negara telah diiktiraf Felda untuk menjalankan kursus dalam pelbagai bidang seperti elektrik, jahitan, komputer dan lain-lain selama enam bulan secara percuma.
''Skim latihan yang ditawarkan kepada anak peneroka Felda turut membabitkan bidang kejuruteraan kapal terbang serta komunikasi teknologi dan maklumat untuk bersaing di pasaran glokal," katanya.
Katanya, strategi program latihan ini bukan sahaja untuk melahirkan generasi baru belia Felda produktif, tetapi juga bagi menangani masalah sosial yang membabitkan golongan berkenaan.
Abdullah turut menegur sikap segelintir anak peneroka yang ditawarkan mengikuti kursus percuma, tetapi tidak mendaftarkan diri di pusat-pusat yang ditetapkan.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Jengka, Abdul Rahman Basri, 46, pula berkata, para belia lepasan sekolah menengah terbabit akan mendapat faedah secara langsung jika menyertai latihan kemahiran yang ditawarkan kerana ia memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.
''Generasi baru Felda amat bertuah kerana telah diberikan peluang seluas-luasnya kepada mereka mengikuti latihan kemahiran yang secara langsung juga dapat melonjakkan nilai diri," katanya.
Katanya lagi, mana-mana pelatih yang menunjukkan komitmen tinggi dan cemerlang dalam pengajian mereka akan ditawarkan pula ke tahap kedua dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh Felda.

Liga Futsal Tertutup Jengka 3 Pamer Tiga Kategori




JENGKA 3 – Liga Futsal Tertutup Jengka 3 mempamerkan tiga kategori apabila pertama kalinya mempertaruhkan kategori kanak-kanak dalam mencungkil bakat anak-anak kecil ini untuk diketengahkan di kejohanan akan datang.

Pengerusi Belia Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Jengka 3, Mohd Syukur Abdul Rahman berkata, penyertaan belia wanita dan lelaki amat menggalakkan malah tidak kurang juga pasukan kanak-kanak dengan sambutan ibu bapa sepanjang perlawanan berlangsung di padang awam itu.

“Tujuan kita mewujudkan kategori ini adalah sebagai usaha mendidik kanak-kanak sejak dari kecil untuk aktif dalam bidang sukan bagi mengelakkan mereka terlibat dengan aktiviti kurang berfaedah.

“Perasmian gelanggang futsal Kelab Sukan Komuniti di Jengka 3 ini menggalakkan lagi penyertaan golongan kanak-kanak dalam bidang sukan ini dan bagi tidak melupakan golongan ini kita turut menganjurkan kategori kanak-kanak dalam liga kali ini,’ katanya.

Mohd Syukur berkata, gelanggang ini kini beroperasi sepenuhnya dan membuka peluang kepada semua belia dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul terutamanya untuk bermain futsal di gelanggang yang lebih dekat dengan mereka dan selesa.

“Kini belia di sekitar kawasan seperti di Felda Ulu Jempul, Jengka 1, 2, 4, 5, 6 dan 7 tidak perlu lagi bermain di luar kawasan kerana gelanggang ini kini boleh digunakan,” katanya.

Turut hadir di majlis Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Maran, Zaini Abd Talib; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mat Sulaiman Haron serta penduduk kampung bagi menyokong majlis berkenaan.

Sumber : Sinar Harian Online Edisi Pahang

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP BELIA JENGKA 3

JENGKA 3 – Pasukan Brazil menundukkan England 2-0 di padang sendiri bagi menjuarai Liga Futsal Tertutup Jengka 3 Piala Pusingan Datuk Shahaniza anjuran Persatuan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Jengka 3.

Ketua pasukan Futsal Jengka 3, Zukiman Zakaria berkata, perlawanan selama dua hari itu menyaksikan lapan pasukan lelaki dan empat pasukan futsal wanita berentap bagi merebut piala pusingan.

Menurutnya, malah perlawanan kali ini turut menyaksikan aksi hebat beberapa pemain pelapis pasukan England yang menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun masih di peringkat percubaan.

“Kedua-dua pasukan mempamerkan corak perlawanan yang hebat apabila perlawanan akhir ini turut menggabungkan kemahiran pemain pelapis dan pemain senior bagi memastikan setiap pasukan mampu mempamerkan aksi terbaik.

“Sejak pembukaan gelanggang futsal Kelab Sukan Komuniti (KSK) di Jengka 3 ini sambutan terhadap sukan futsal amat menggalakkan walaupun sebelum ini hanya bergantung kepada padang awam semata-mata sebagai tempat latihan,” katanya.

Zukiman berkata, namun kini fungsi gelanggang ini digunakan sebaik mungkin dalam usaha membangunkan generasi baru Felda terutamanya untuk aktif dalam bidang sukan itu.

“Malah sejajar dengan usaha itu kita juga kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan belia dari kawasan sekitar seperti Jengka 2, 4, 5, 6, 7 dan sekitarnya,” katanya.

Turut hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Maran, Saniah Zainal; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mat Sulaiman Haron serta penduduk kampung bagi menyokong majlis itu.

PASUKAN BOLA JARING BELIAWANIS JENGKA 3

14 April 2010

Jelajah Ikon Belia Felda : Tahniah Pasukan Bola Jaring!


1 November 2009 (Ahad) - Bertempat di Jengka 17, telah diadakan Program Jelajah Ikon Belia Felda Malaysia 2009. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena dengan program ini seperti pertandingan futsal, bola jaring dan kompang. Turut diadakan adalah pameran serta ceramah. Program ini telah dirasmikan oleh YB Wan Salman bin Wan Ismail, ADUN Jengka.

Sekalung tahniah kepada pasukan bola jaring dari DUN Kuala Sentul yang diwakili oleh pasukan bola jaring Jengka 3 kerana telah menjadi johan dalam pertandingan kali ini. Turut hadir semasa perlawanan akhir dan upacara penyampaian hadiah adalah ADUN Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza Shamsuddin.
Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada pasukan futsal yang diwakili oleh pasukan futsal Jengka 5 kerana layak ke peringkat separuh akhir.

Program Jelajah Ikon Belia Felda Malaysia 2009 (wilayah Jengka) ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ikon Belia Felda Malaysia, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Beliau merupakan wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo.

Di catat oleh : Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul 0 ulasan...
Jengka 3 : Penilaian Anugerah Belia Felda Malaysia


06 November 2009 (Jumaat) - Hari ini merupakan detik yang penting bagi Persatuan Belia Jengka 3 kerana menjalani proses penilaian bagi Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2009. Persatuan ini mewakili Wilayah Jengka bagi anugerah ini.
Turut meraikan panel penilai dan hadir memberi sokongan kepada persatuan ini adalah ADUN Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza Shamsuddin dan pegawai-pegawai seranta Felda Wilayah Jengka.



Dato' Shahaniza menyifatkan pemilihan persatuan ini adalah satu pengiktirafan kepada kerja keras yang mereka jalankan sepanjang tahun 2009. Selain itu, beliau juga mengharapkan peningkatan berterusan dalam organisasi belia di seluruh DUN Kuala Sentul melalui aktiviti yang mendatangkan kesan kepada para belia setempat.

Di catat oleh : Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul 0 ulasan...

PERSATUAN BELIA MBFM JENGKA 3 JUARA DI WILAYAH JENGKA

Jengka 3 : Tahniah, Persatuan Belia Sri Dahlia Jengka 3


20 Disember 2009 - Bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, telah di adakan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2009. Majlis kemuncak dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.

Pada majlis kemuncak tersebut, Persatuan Belia Felda Sri Dahlia Jengka 3 telah dinobatkan pemenang bagi Kategori Kemasyarakatan dan Kesukarelaan dengan membawa pulang RM 3 ribu. Anugerah utama telah dimenangi oleh Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Bading, Terengganu.



Dalam satu kenyataan ringkas, Dato' Shahaniza berasa begitu bangga dengan kejayaan ini dan berharap ia akan menjadi pemangkin kepada pengurusan dan pentadbiran belia yang lebih aktif, dinamik dan berkesan di Dun Kuala Sentul.